Thursday, December 2, 2010

Rombakan Takwim Akademik

Jika sebelum ini sesi permulaan akademik akan bermula pada bulan Julai, namun mulai tahun depan pengambilan pelajar baru bagi sesi 2011/2012 akan bermula pada bulan September. Hal ini bermakna, mulai tahun depan juga terdapat sedikit rombakan takwim akademik akan dilakukan bagi menyelaraskan kalendar akademik.

Sebelum ini saya pernah terdengar daripada beberapa orang pegawai tentang perubahan takwim akademik ini tetapi tidak memandang serius tentang ini kerana beranggapan bahawa ini semua adalah peringkat cadangan dan khabar angin sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini isu tentang rombakan takwim akademik ini menjadi buah mulut dalam kalangan mahasiswa. Hal ini menyebabkan saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan semua mahasiswa UPSI dalam isu ini.

Menurut pegawai yang saya kenali, rombakan akademik ini dilakukan supaya berlaku keselarasan antara  kalendar akademik antara universiti dalam negara dan luar negara. Keselarasan  ini penting untuk menarik pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia terutama di UPSI. Seperti sedia maklum, kini setiap IPTA berebut-rebut untuk mendapatkan pelajar-pelajar asing untuk ditawarkan menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Namun sejauh mana kesahihan maklumat ini masih belum dipastikan lagi.

Namun berdasarkan maklumat yang saya perolehi, mulai sesi 2011/2012, sidang akademik akan bermula pada 12 September 2011 sehingga 20 Januari 2012 bagi semester pertama. Selepas ini kita akan bercuti selama seminggu (cuti semester) sebelum meneruskan semester 2 pada 20 Februari 2012 sehinggalah 22 Jun 2012. Berdasarkan takwim baru ini, jumlah cuti semester pertama adalah singkat berbanding dengan sistem yang lama. Maklumat tentang perubahan dan rombakan ini belum dimaklumkan secara rasmi lagi oleh pihak akademik UPSI.

Harapan saya semoga perubahan yang dibawakan ini mampu memberi kebaikan dan kemudahan kepada pelajar dan bukannya menimbulkan satu masalah baru kepada pelajar kelak. Kita juga sebagai pelajar juga perlu sentiasa berfikiran positif untuk menerima dan menghadapi perubahan yang akan dihadapi...sekian..

2 comments:

  1. terima kasih rezuan atas pandangan anda...saya mengambilnya sebagai suatu perkara yang positif...namun, seperkara yang perlu kita ingat...setiap perkara atau keputusan yang manusia buat pasti ada kekuatan, kelemahan dan juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap keputusan tersebut...tahniah kepada anda yang berjaya membuatkan saya terpanggil untuk memberi pandangan...jika kita lihat dari sudut positif..memang benar bahawa penyelarasan itu penting bagi mengajak pelajar yang berstatus luar negara untuk melanjutkan pelajarannya di UPSI...namun sepanjang kehidupan saya di alam mahasiswa ini..sy tidak nampak lagi apa kelebihan mengambil pelajar luar ke UPSI melainkan jalinan hubungan universiti...sekiranya pengambilan pensyarah yang berstatus dari luar negara sememangnya saya tidak nasikan mempu memberi impak positif kepada kondisi taraf pendidikan mahasiswa/i.sekiranya banyak kesan baik tentang kehadiran pelajar dari luar negara ini..perspektif saya tetap kekal tidak setuju kehadiran mereka kerana saya langsung tidak terkesan tentang sumbangan mereka di sini....jika kita lihat...di UPSI juga ada pelajar antarabangsa dari CHINA...tetapi mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada kehidupan kita di sini...maksud saya dari sudut interaksi...selain mereka cuba mengetengahkan budaya pakaian yang menyimpang dari budaya setempat kita dan ditambah pula mereka mendatang berbagai masalah seperti tidak mematuhi etika universiti dan membawa budaya pergaulan bebas....berbalik kepada perubahan takwim tersebut...saya tidak bersetuju perubahan takwim itu hanya bertujuan untuk menyelarass dan untuk mengalakkan pelajar luar melanjutkan pelajaran di UPSI...sekiranya ada rasional yang lain yang lebih relevan..saya tidak teragak-agak untuk mengubah persepsi saya terhadap keputusan senat terhadap perubahan takwim itu...ia juga akan melengah-lengahkan masa serta melewatkan kita menamatkan pengajian...sekadar pandangan peribadi

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan pendapat yg diutarakan oleh saudara.. sememangnya, kehadiran pelajar antarabangsa tidak memberikan apa-apa impak positif kepada kehidupan pelajar upsi.. malahan, saya mendapati, kebanyakkan drpd pelajar asing terutamanya drpd negara china ini tidak mematuhi etika pemakaian dan disiplin sbg warga upsi.. ada di antara mereka yg merokok di luar kwsan kampus, memakai pakaian yg tidak bersesuaian dan berlagak samseng.. manakala kewujudan takwim baru ini, kelihatan agak bagus bg pelajar dan pensyarah antarabangsa, namun, harus diakui juga bahawa dgn kehadiran takwin baru ini, warga upsi terpaksa menamatkan pengajian lebih lewat dari jangkaan.. malahan,agak menyusahkan bagi pelajar yg bergantung harap kepada pinjaman kewangan ptptn mengikut tmpoh yg telah diberikan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...