Sunday, January 16, 2011

Interlok:Siapa Sebenarnya Rasis???

Novel Interlok yang menjadi Kontrovesi

Sejak akhir-akhir ini, isu novel Intelok menjadi isu hangat diperdebatkan di dada-dada akhbar. Novel Interlok merupakan sebuah novel yang dipilih untuk dijadikan bahan Kesusasteraan yang digunakan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di Tingkatan lima mulai tahun ini.

Jika kita melihat kronologi tentang isu ini bermula dengan penentangan oleh beberapa orang pemimpin tertinggi negara yang terdiri daripada bangsa India dan diikuti oleh NGO-NGO lain seperti Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dan sebagainya yang menyatakan Interlok ini tidak memberi gambaran yang betul tentang masyarakat India. Isu ini kembali meruncing dan memuncak apabila novel Interlok dan gambar pengarangnya iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dibakar di hadapan Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Kelang (MPK) pada 8 Januari lalu. Keadaan ini telah menyebabkan banyak NGO dan persatuan penulis mula menunjukkan reaksi spontan dengan mengutuk dan membuat laporan polis terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu . Keadaan ini juga menyebabkan ada sesetengah pihak menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menarik balik kelulusan penggunaan buku ini yang sekaligus mendapat tentangan hebat daripada persatuan penulis terutamanya yang bernaung di bawah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Novel Interlok dibakar

Novel Intelok ini sebenarnya menceritakan bagaimana gerakan orang Melayu menentang Malayan Union serta bagaiman orang India dan Cina mempunyai kesedaran tentang tanah air baharunya yang menyaksikan gerakan ketiga-tiga kaum ini adalah seiring dalam mecapai matlamat yang sama. Dalam novel ini juga menceritan bagaimana cara hidup dan budaya masyarakat Melayu (Seman), masyarakat Cina (Cing Huat) dan masyarakat India (Maniam). Namun yang menjadi kontrovesinya ialah tentang masyarakat India yang berkaitan dengan sistem kasta dan penggunaan perkataan "paria".

Sasterawan Negara: Datuk Abdullah Hussain menangis selepas novelnya dibakar

Jika dilihat secara keseluruhan novel ini, ianya sebenarnya tidak mempunyai masalah tetapi sarat dengan nilai-nilai sejarah dan gambaran tentang keadaan kehidupan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Malah ramai ahli-ahli akademik dan politik sendiri membaca buku ini bersetuju mengatakan bahawa novel setebal 426 halaman ini tidak mempunyai unsur-unsur perkauman ataupun perkara yang menyinggung mana-mana pihak. Persoalannya adakah tangan-tangan halus di luar sana yang sengaja memainkan isu ini untuk kepentingan tertentu. Ramai juga yang ahli-ahli bahasa menyelar beberapa ahli politik yang cuba untuk mempolitikkan isu ini semata-mata untuk kepentingan mereka tanpa memikirkan kesan terhadap bidang pendidikan negara. Mengapa kita perlu berfikiran dangkal tanpa melihat secara keseluruhan nilai yang begitu padat dengan unsur-unsur perpaduan dan toleransi antara kaum ingin disampaikan.

Bagi penulis, kita seharusnya terlebih dahulu mengkaji dan memahami secara keseluruhan sebelum bertindak. Jika kita tidak memahaminya tidak perlulah malu untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu. Jika kita bertindak tanpa memikirkan kesannya seolah-olah kita mendedahkan kelemahan dan kebodohan kita pada orang lain. Kepada Sasterawan Negara, tahniah kerana anda mampu menghasilkan sebuah novel yang baik untuk pengetahuan sejarah dan langkah KPM memilih novel ini sebagai sebuah komponen dalam Kesusateraan Melayu untuk diajar di sekolah menengah adalah tepat. Sekian..

Antara petikan yang menjadi kontrovesi:

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

1 comment:

  1. salam perpaduan...

    Buat saudara YDP SRN, tidak banyak yang dapat saya komen memandangkan masih belum membaca dan mengkaji novel ini yang dikatakan telah menyentuh isu-isu sensitif dan berbaur perkauman. Namun begitu, syabas dan tahniah diucapkan kapada penulis novel yang juga saaterawan Negara kerana berjaya membuka mata hati jutaan penduduk di Malaysia untuk kembali menyelak sejarah lama yang semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Dengan kontroversi ini, saya yakin dan percaya bahawa lebih ramai rakyat M'sia akan kembali membelek sejarah lama yang saban hari semakin ditelan zaman. Bak kata Pak Ya seorang usahawan berjaya yang gemar menganalisis pemikiran Melayu, "jika tiada dahulu, tiada sekarang". Pada pendapat saya, sesuatu kelemahan itu kadangkala memberi kebaikan. Jadi, renung-renungkan dan assalamualaikum. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...